Sekolah Kebangsaan Petagas adalah merupakan salah sebuah sekolah yang termasuk dalam Daerah Penampang. sekolah ini terletak kira-kira 9 kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu. jika kita tinjau kedudukan sekolah ini, ianya adalah amat strategik, ini kerana terletak ditengah-tengah Kampung Petagas.
sejarah persekolahan di Kampung Petagas ini bermula apabilah sebuah sekolah sementara sederhana telah didirikan pada tahun 1955, ketika itu negeri Sabah masih dibawah pemerintahan Inggeris. pada mulanya, sekolah ini ditubuh adalah atas daya usaha Ketua Kampung Petagas pada waktu itu, beliau ialah KK Awang Jaya Majintar dan dibantu oleh Encik Mohd. Yunin Arshad. Kesedaran dan usaha mereka menubuhkan sekolah di Kampung Petagas ini telah diterima dan disokong penuh oleh penduduk-pebduduk Petagas